Friday, August 2, 2013

Ripple Kopiah


Gambar di atas adalah inspirasi saya untuk mengait kopiah untuk anak-anak dan suami sempena raya tahun ini. 

Gambar di bawah menunjukkan hasil kait kopiah saya. Hampir sama kan?  


Sebelah kanan kopiah untuk abang Hassan 3 tahun dan sebelah kiri kopiah untuk adik Hussein 11 bulan. 

Untuk hasilkan kopiah ini, saya membuat 3 kali percubaan. Pattern kopiah ini saya celup dari pattern ripple baby hat dari blog ini. 


Tapi, bila baca komen2 di blog tersebut, saya jumpa pattern satu lagi yg diubahsuai sedikit. Ini link dia:


So, percubaan pertama dan kedua saya ada combine dua2 pattern ni, tapi formula lain2 la. Hasil percubaan pertama saya jadi la kopiah untuk adik Hussein. Niat untuk percubaan kedua buat untuk abang Hassan tapi tersilap besar. Jadi, hasil kopiah jadi kopiah si ayah. InshaAllah nanti saya upload gambar. Hasil percubaan ketiga hasil yang saya paling puas hati. Hasilnya adalah kopiah abang Hassan. Pattern untuk percubaan ketiga saya ada ubah suai sendiri tp tak banyak la. Sekali pandang nampak tiga2 ni sama tp hanya orang yang kait sahaja dapat beza :D

InshaAllah nanti saya akan tulis pattern ripple kopiah ini versi Aisya's Handmade :)

Tulus ikhlas;
Aisyah




No comments:

Post a Comment